PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH

PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH

Berikut adalah pemaparan tentang permulaan Nabi Muhammad mendapatkan wahyu sampai beliau berhijrah ke Habasyah

1. Turunnya Wahyu
Wahyu diturunkan kepada Rasul s.a.w.: Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun,
Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan.

Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam
Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:
Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi baik semasa tidur.

Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira.

Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui
keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya.

Kemudian Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya.
Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira.

Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata:
Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan:
Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan.

Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata:
Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali
kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku.
hijrah nabi muhammad, peristiwa hijrah nabi muhammad, hijrah nabi muhammad ke habasyah

Dia berkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka
dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan
aku seraya berkata:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya. (Al-Alaq: 1-5)


Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkan
Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijah
segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang
berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku."

Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan
menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi
pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang hak."

Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin
Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang
lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah.

Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata: "Wahai sepupuku,
dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda:
"Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa
yang telah dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril)
yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja
dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar.

" Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?" Dia berkata: "Ya.
Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku."
Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti sementara waktu.

Dalam riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq disebut: Jibril datang menemui
Rasulullah s.a.w. ketika Baginda sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa
sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata: "Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5).

Baginda berkata: "Maka aku membacanya. Kemudian, setelah selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada tidur. Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu tulisan.

" Baginda berkata: "Maka aku keluar (daripada gua itu) sehingga aku berada di
tengah-tengah bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata: "Wahai Muhammad,
kamu adalah utusan Allah, aku adalah Jibril." Baginda berkata:

 "Lantas aku mendongak kepalaku ke langit untuk melihat. Tiba-tiba (muncul) Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang menyandarkan kedua-dua kakinya di ufuq langit.

Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu
adalah utusan Allah dan aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak
mara mahupun berundur. Aku memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit.

Namun apabila aku memandang ke arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku terus
tercegat berdiri, tidak ke depan mahupun ke belakang sehinggalah Khadijah mengutuskan
utusan-utusannya mencariku.... (hingga akhir riwayat).

2. Orang yang pertama beriman
Orang pertama yang beriman dengan Baginda dan memeluk Islam ialah isteri
Baginda, Khadijah r.ha., kemudian sepupu Baginda, Ali r.a.. Ketika itu Ali masih kanakkanak
berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin
Harithah. Kemudiannya Abu Bakar as-Siddiq r.a..

Hamba sahaya yang mula-mula sekali memeluk Islam ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi. Oleh itu, Khadijah merupakan orang yang pertama beriman dengan Baginda secara mutlak. Rasulullah s.a.w. telah bersembahyang bersamanya pada petang hari Isnin. la merupakan hari pertama Baginda bersembahyang.
Solat ketika itu dilakukan dua rakaat di waktu subuh dan dua rakaat di waktu petang.

3. Terputusnya wahyu
Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang
tempohnya. Yang paling lama ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam bulan. Riwayat
enam bulan itulah yang sahih.

Ketika tempoh terputusnya wahyu, Rasulullah s.a.w. merasa
susah hati dan amat dukacita, sehingga Baginda hampir-hampir keluar ke kawasan bukit dan
ingin menghumbankan diri daripada puncaknya2.

Baginda menyangka Allah telah membencinya setelah memilihnya untuk tugas risalah yang mulia. Selepas itu, wahyu kembali turun kepada Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab

2 Ayat: "hampir-hampir menghumbankan diri daripada kemuncak bukit kerana dukacita wahyu terhenti
sekalipun terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhah, ia adalah daripada retorika az-Zuhri. Ia tidak bersambung kait dengan riwayat asal. Sebagaimana yang disebut oleh pengarang kitab Fathul Bah. Lihat Fathul Bah 12/316.

Sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansori, daripada Nabi s.a.w.:
Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara daripada langit. Aku
mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah datang kepada aku
di Gua Hira'.

Malaikat itu sedang duduk di atas kerusi di antara langit dan bumi. Aku
merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata: Selimutkan aku. Maka Allah Taala
telah menurunkan:

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan
amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah
kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan
segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi". (Al-Muddathir: 1-5)

Setelah itu wahyu turun berterusan.

4. Dakwah
Selepas itu, Rasulullah s.a w. mula berdakwah kepada Islam di kalangan orang yang
dipercayai (kerasionalan) akalnya selama tiga tahun cukup. Hasilnya, beberapa orang lelaki
dan wanita yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah
memeluk Islam.

Setelah bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai kira-kira 30 orang, Allah
memerintahkan Rasul-Nya s.a.w. untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini
dinyatakan dalam firman-Nya:

"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan
kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan
dan tentangan kaum kafir musyrik itu". (Al-Hijr: 94)


5. Dakwah secara terang-terangan
Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang
mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti. Orang
musyrik merasa bimbang apabila Rasul memperbodohkan pemikiran mereka, membongkar
kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru kepada mereka.

Agama itu mengajak kepada Tuhan yang Esa. Tuhan yang tidak dapat dilihat oleh mata dan pandangan,
sedangkan Dia yang mengetahui hakikat pandangan mata. Dia juga Tuhan yang Maha Lemah
Lembut lagi Maha Mengetahui apa yang telah dan akan berlaku.

6. Rumah yang dijadikan tempatdakwah
Dalam tempoh ini Rasul s.a.w. bersama orang-orang mukmin berhimpun secara sulit
di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Al-Arqam bin Abi al-Arqam ketika itu telah memeluk
Islam. Baginda membacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim yang diterimanya kepada mereka
di samping mengajar mereka hukum-hakam dan syariat agama yang telah diturunkan ketika itu.

7. Pada suatu hari, Rasul s.a.w. diperintahkan untuk memberi amaran kepada kaum
keluarganya yang terdekat. Maka Baginda berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu
keluarga Quraisy.

Baginda mengajak mereka kepada Islam dan meninggalkan penyembahan
berhala. Baginda memotivasi mereka kepada syurga dan memberi amaran tentang neraka.
Ekoran dakwah itu, Abu Lahab menengking Baginda: "Celaka kamu, adakah untuk ini kamu
mengumpulkan kami?"

8. Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul s.a.w., namun bapa saudara Baginda, Abu Tolib
melindunginya. Beliau enggan menyerahkan Baginda kepada mereka. Setelah Quraisy
beredar, Abu Tolib meminta Baginda untuk mengendur-kan dakwahnya. Baginda menyangka
bapa saudaranya tidak lagi mahu membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya
yang masyhur:

والله ياعم لووضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على آن آترك هذا الآمر حتى يظهره الله
آوآهلك دونه ماترآته

"Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di
sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan
urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehingga-lah Allah
memenangkannya atau aku binasa kerananya".

9. Selepas peristiwa tersebut, orang musyrik semakin hebat menyakiti Rasul s.a.w. dan
para sahabat. Sehingga ada yang mati diseksa dan ada yang buta.

10. Apabila Quraisy melihat orang-orang mukmin tetap teguh dengan aqidah mereka
(sekalipun diseksa dan disakiti), mereka membuat keputusan untuk berunding dengan Rasul
s.a.w.. Mereka menawarkan harta sebanyak mana yang Baginda mahu, atau melantik Baginda
sebagai raja mereka. Namun Baginda menolak semua tawaran itu.

11. Melihatkan kedegilan dan penyiksaan berterusan Quraisy terhadap para sahabat,
Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: "(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar
ke bumi Habsyah.

Di sana ada seorang raja yang tidak menzalimi sesiapa yang tinggal di
negerinya. (Kamu tinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untuk kamu jalan keluar
kepada kesulitan kamu ini."

Oleh itu, para sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama seramai 12 orang lelaki
dan 4 wanita. Namun, selepas menerima khabar pengislaman Umar dan kejayaan Islam,
mereka pulang kembali ke Makkah.

Akan tetapi, tak lama kemudian mereka pergi semula ke
Habsyah bersama orang-orang mukmin yang lain. Bilangan mereka dalam hijrah kali kedua
ke Habsyah ini seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.

12. Selanjutnya, orang-orang musyrik bertindak memboikot Rasulullah s.a.w., Bani
Hasyim dan Bani Muttolib. Orang musyrik tidak lagi berjual beli, bernikah dan bergaul
dengan mereka. Orang musyrik juga tidak menerima sebarang perdamaian daripada mereka.

Pemboikotan itu berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Rasul s.a.w. dan orang yang
bersamanya berhadapan dengan kesulitan yang teruk kesan pemboikotan tersebut. Ia berakhir
hasil usaha tokoh-tokoh Quraisy yang rasional.

Baca juga :  KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH"

Post a Comment